Pagi tadi dengar berita diradio yang Jabatan Perhilitan kata - video yang mendakwa bahawa ibu gajah yang malang itu kembali ke lokasi kejadian dimana anaknya terbunuh akibat dilanggar sebuah lori bukan ibu gajah yang malang itu.
Pertama, aku tak salahkan pemandu lori itu. Semua ini kita anggap sebagai ketentuan. Tapi sebagai seorang yang berada dijalan raya hampir 8 jam setiap hari. Aku sangat faham cara orang sekarang memandu.
Tapi dalam kes ni, anggap lah pemandu itu tidak bersalah. Selesai.
Satu realiti yang aku pelajari bahawa dunia yang kita tinggal ini sebenarnya tidak memerlukan kita disini. Senang cerita, kita ibarat tetamu tak diundang.
Kalau kita lihat bagaimana dunia berfungsi, kita akan dapati kehadiran manusia seperti mengganggu. Kita sendiri memerlukan pokok untuk bernafas sedangkan pokok tak perlukan kita untuk hidup.
Durian memerlukan kelawar untuk berbuah. Pokok memerlukan cacing untuk mengurai benda mati menjadi baja, selain menggemburkan tanah untuk menyuburkan tanah
Lebah membantu kita menghasilkan kapas untuk dibuat kain. Lebah adalah 'alat' untuk pendebungaan pokok kapas. Kita juga memerlukan madu untuk kekal sihat.
Dan paling menyayat hati, segala keperluan manusia bergantung kepada pokok dan haiwan. Sungguhpun kita yang menanam pokok tersebut, tanpa haiwan, pokok itu tak mungkin hidup.
Namun, manusia lah yang tetap paling champion didunia ini yang mengaku serba tahu. Sedangkan dialah yang paling lemah didunia ini.
Sejarah penciptaan dunia menyatakan bahawa tumbuhan dan haiwan telah hidup didunia jauh lebih lama sebelum manusia hadir disini.
Kepupusan mereka ini nanti akan lebih menyukarkan kehidupan manusia kelak. Seperti mana manusia, mereka juga mempunyai perasaan. Kehilangan suatu yang sukar untuk dihadapi.
Mungkin inilah sebab kenapa manusia diberikan akal, supaya kita berfikir yang kita 'orang baru' disini dan tak ada fungsi pun. Jagalah dunia ini dengan baik supaya ia bertahan dengan lebih lama. Tunjukkan adab sebagai tetamu disini.
Seandainya haiwan diberikan akal, nescaya manusia telah pupus lama sebelum kita lahir.
Berhati-hatilah semasa memandu, gunakan akal, ingat kita hanya tetamu disini.