#KISAHBUKU - SURI HATI NABI


Ini adalah buku tentang kisah riwayat hidup para isteri Nabi Muhammad SAW. Menceritakan tentang karekter, peranan dan kisah-kisah suka duka sepanjang hidup mereka bersama baginda. Juga alasan mengapa baginda menikahi mereka.
 
Buku ini sesuai dibaca oleh semua tak kira lelaki, perempuan, suami dan juga isteri. Didalamnya terdapat tauladan dan pengajaran yang boleh diambil untuk bekal kehidupan.
 
Satu hikmah yang saya perolehi dari buku ini adalah pemahaman tentang takdir. Ketentuan dan takdir adalah perkara yang kita perlu kita imani.
 
Saya fikir seandainya kehidupan manusia tidak terikat dengan takdir, dunia ini akan jadi kacau bilau. Apa yang berlaku seandainya seluruh manusia hidup senang? Tiada satu pun yang memerlukan pekerjaan. Apa yang terjadi pada dunia?
 
Sebagai contoh, mengapa Allah menakdirkan Nabi Muhammad untuk menikahi Saidatina Khadijah yang umurnya setaraf dengan ibunya?
 
Pembaca akan dapat mencerap perkaitan antara takdir dan ketentuan selepas membaca kisah-kisah ini. Barulah kita sedar baiknya takdir ini dan kenapa ia ditentukan.

**********

Dapatkan buku ini dengan klik link affiliate TikTok shop disini > IBDE Suri Hati Nabi SAW Riwayat Hidup Para Wanita di Sekeliling Rasulullah SAW https://vt.tiktok.com/ZShS5bpRG/
 
#buku #nabimuhammad #suami #isteri #motivasi
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan