Kecuali sekiranya saya melihat tekanan itu satu yang buruk. Bermakna peluang untuk saya menerima penyakit yang berkaitan tekanan adalah tinggi.
Jika saya merespon tekanan itu secara positif, maka ia akan jadi keistimewaan buat saya. Mulai hari ini, saya akan menukar sudut pandang saya dari melihat tekanan sebagai musuh kepada kawan yang baik.
Bagaimana?
Menerima bukan melawan dengan mencari sebab kenapa tekanan itu datang. Tekanan boleh dijadikan petunjuk kepada saya bahawa ada sesuatu yang tak kena pada diri saya yang perlu saya betulkan.
Bermakna, semakin banyak tekanan yang saya terima semakin banyak pula saya memperbaiki diri.
Menerima tekanan sebagai kawan membuatkan saya lebih tenang untuk menguruskannya.
**********
Dapatkan buku THE DIARY OF A CEO untuk dapatkan lebih ilmu tentang kehidupan dan kejayaan.
The Patriots - The Diary Of A CEO (Edisi Bahasa Melayu) https://vt.tiktok.com/ZShhay7A8/