Didalam kesunyian malam yang hingar dengan bunyi mesin outdoor penghawa dingin yang berlawanan bunyi siapa yang paling kuat itu.
Tiba-tiba saya didatangi dengan buah fikiran yang sebenarnya satu persoalan tentang siapakah yang menentukan warna-warna kain untuk dijual dipasaran.
Sebahagian daripada kita pada saat ini mungkin telahpun menentukan warna baju raya apa yang hendak dipilih nanti.
Namun.
Pernahkah anda terfikir mengapa warna baju di butik terkemuka seakan-akan 'berpakat' dengan warna perabot dan juga hiasan di ruang tamu anda?
Adakah ini satu kebetulan? Atau sebuah konspirasi estetik yang telah dirancang bertahun-tahun lamanya?
Worth Global Style Network (WGSN) adalah autoriti utama dunia yang memainkan peranan dalam peramalan trend ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 di London, organisasi ini telah menjadi "kompas strategik" bagi lebih daripada 6,500 syarikat gergasi di seluruh dunia.
Mereka bukan sekadar pemerhati fesyen. Mereka adalah saintis data dan pakar psikologi yang memetakan masa hadapan tamadun manusia melalui warna dan fabrik.
Mungkin kita menyangka warna baju yang kita beli semalam adalah atas pilihan peribadi.
Hakikatnya, keputusan itu sebenarnya telah "dikunci" oleh WGSN dalam satu bengkel rahsia, tepat dua tahun sebelum fabrik itu menyentuh kulit anda.
Warna bukan sekadar hiasan, ia adalah senjata psikologi. WGSN mendedahkan bahawa dalam masa kurang 90 saat, jiwa manusia sudah membuat keputusan membeli hanya berdasarkan warna.
85% daripada sebab kita mengeluarkan wang adalah kerana frekuensi warna yang telah WGSN suntik ke dalam pasaran.
Bagaimana WGSN tahu warna apa yang bakal laku?
Mereka tidak meneka. Mereka membedah dunia melalui formula rahsia yang dipanggil STEPIC dengan mengintip, meneliti dan menghidu.
Setiap titisan warna yang dipilih, seperti Transformative Teal untuk tahun 2026 merupakan hasil daripada pengintipan data makro yang sangat dalam.
Dengan menggunakan alat yang dipanggil TrendCurve AI. Mesin ini menyedut jutaan isyarat daripada media sosial, carian Google dan setiap gerak-geri digital anda untuk mengesahkan trend dengan kadar ketepatan mencecah 94%.
Sebelum anda sedar anda mahukan warna Digital Lavender, algoritma WGSN sudah pun melihat keinginan itu tumbuh pada fikiran bawah sedar anda.
Mereka hanya perlu menghidangkannya pada masa yang tepat.
Di sebalik nama-nama puitis seperti Luminous Blue, terdapat kod rahsia tujuh digit yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar manusia biasa.
Melalui kerjasama eksklusif dengan Coloro, WGSN memastikan warna yang anda lihat di skrin adalah tepat 100% sama dengan benang yang ditenun di kilang-kilang gergasi.
Ini bukan soal seni semata-mata. Ini adalah kejuruteraan atomik untuk memastikan tiada setitik pun sisa kimia terbazir.
WGSN mengawal rupa dunia masa hadapan dengan ketepatan matematik yang mutlak.
Dunia yang anda lihat hari ini adalah hasil 'perancangan' yang sangat teliti. WGSN adalah arkitek di sebalik tabir yang menentukan atmosfera tamadun manusia melalui cahaya yang dipantulkan oleh fabrik.
Apabila anda melihat warna Cocoa Powder atau Future Dusk menguasai jalanan nanti. Ingatlah... WGSN sudah melihatnya berlaku dalam arkib mereka, bertahun-tahun sebelum ia menjadi nyata di mata anda.
Dan di sini, saya hanya mampu menjadi saksi bagaimana warna-warna ini perlahan-lahan membentuk takdir manusia tanpa kita sedari.