Buku ini secara keseluruhannya aku simpulkan secara ringkas seperti berikut.
Pertama, penulis menceritakan tentang sejarah penubuhan Amerika. Apakah yang menjadi pencetus kepada penghijrahan orang-orang eropah ke benua Amerika ini.
Kedua, perjuangan kemerdekaan dan pembetukan persekutuan Amerika. Asalnya, Amerika ini terdiri daripada beberapa koloni yang berasingan dengan kerajaan dan sistem yang tersendiri. Termasuk pembelian beberapa negeri yang asalnya milik Mexico.
Ketiga, masalah-masalah dan cabaran-cabaran dalam ekonomi, hubungan luar, perhambaan, kaum pribumi, anti kulit hitam dan perang saudara.
Keempat, peperangan merebut kerusi presiden. Kesan-kesan pentadbiran, hubungan dengan dunia luar dan dalam negara. Setiap presiden ada agenda tersendiri.
Kelima, penglibatan dalam perang dunia pertama, kedua dan perang dingin. Termasuk persaingan mendapatkan teknologi.
Keenam, penjajahan dan sikap Amerika terhadap dunia luar. Terutamanya ketika mengendalikan masalah di timur tengah.
Pendek kata, mereka sentiasa berjuang untuk memastikan hanya mereka sahaja yang layak berada diatas.
Seorang pemimpin bukan sepatutnya dipilih hanya kerana dia hebat bermain dengan kata-kata, tetapi kebijaksaan dalam mencatur strategi adalah lebih penting. Namun sebagai pengundi, kita tiada alat untuk menentukan samada pemimpin itu bagus atau tidak. Apa yang kita lihat dan dengar hanyalah penampilan dan janji yang kadang kala berlaku sebaliknya.