#KISAHBUKU - PERINCIAN


Ini adalah novel terjemahan dari bahasa Arab berjudul Tafsil Thanawi yang diterbitkan oleh IBDE.
 
Diadaptasi dari kisah benar yang didalamnya terdapat dua kisah.
 
Pertama, pada tahun 1949, seorang gadis malang telah diperkosa dan ditamatkan riwayatnya.
 
Kedua, berpuluh tahun selepas itu, seorang perempuan menjadi taksub untuk mencari tahu setelah membaca kisah gadis malang 1949.
 
Hanya kerana tarikh lahir perempuan ini sama dengan tarikh kematian gadis malang 1949, dia memberanikan diri melintasi negara tersebut untuk menyiasat apakah sebenarnya yang dialami oleh gadis malang 1949 itu.
 
Seperti gadis malang 1949 itu, perempuan ini juga bernasib malang apabila dia turut ditamatkan riwayat.
 
Latar belakang bagi kedua-dua kisah ini adalah di Palestin.
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan