REVIEW BUKU : STRATEGI RAHSIA CHINA



Sekali dengar ia seperti terasa seakan pelik seandainya kerajaan kita menggunakan Sulalatus Salatin ataupun Hikayat Hang Tuah sebagai panduan untuk merancang strategi pembangunan dan masa depan negara.
 
Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh China dalam matlamatnya untuk menjadi adiwira dunia menewaskan Amerika Syarikat pada tahun 2049.
 
Mereka menelaah kitab-kitab purba dan hikayat kerajaan silam mereka demi untuk mendapatkan ilmu tentang strategi, idea dan panduan untuk meluruskan masa depan negara mereka.
 
Sesuatu yang baru aku sedari rupanya didalam kitab-kitab sastera ini terdapat 1001 hikmah yang boleh membantu menjana dan mengaktifkan buah fikiran yang kreatif.
 
Buku ini mempunyai sisi baik dan buruk pandangan penulis tentang China. Membaca buku ini juga dapat membuatkan mata kita terbuka sedikit sebanyak tentang keadaan politik dunia.
 
Namun apa yang baik didalamnya terdapat pengajaran dan ilmu yang boleh diambil sebagai panduan bagi memotivasikan diri kita untuk bergerak lebih maju kehadapan.

*************


Strategi Rahsia China Gerak 100 Tahun atasi Amerika Syarikat - Michael Pillsbury (Edisi Bahasa Melayu) (Buku IBDE) https://vt.tiktok.com/ZSh2yCKEF/
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan