BAGAIMANA TESLA MENAWAN HATI BAKAL PEMBELINYA

Pada tahun 2020, Brand Total melaporkan yang Tesla tidak mebelanjakan barang sesen pun untuk tujuan pemasaran dan iklan. Tapi yang menakjubkan, banyak kereta mereka terjual keserata dunia. Semua orang tahu Tesla walaupun tak semua orang mampu memilikinya.
 
Secara tradisionalnya, kalau sesuatu perniagaan ingin mendapat perhatian pasaran, mereka perlu mengiklankan produk mereka. Semakin besar bajet, semakin besar peluang untuk berjaya.
 
Namun tidak bagi Tesla. Apakah ramuan kejayaan mereka sebenarnya?
 
'Capturing attention!' atau tangkap perhatian.
 
Perkara paling penting dalam mendapatkan perhatian adalah karisma CEOnya. Sesuatu yang misteri yang membuatkan orang akan mudah percaya kepada semua yang dikatakan olehnya. Ini tidak ada pada semua orang.
 
Tesla juga meletakkan perkara-perkara yang pelik pada keretanya seperti mod kentut dan mod menari. Bukankah semua ini menarik perhatian bakal pembeli.
 
Selain itu, Tesla menggunakan YouTube untuk menyampaikan informasi tentang produk dan perkara yang berlaku disebalik pengeluaran dengan cara yang kreatif.
 
Hasilnya, Tesla mampu membuatkan semua orang bercakap tentangnya. Dan daripada beribu mungkin berjuta orang yang bercakap pasti akan menghasilkan jualan.
 
Namun apapun, semua ini tetap bergantung kepada nasib dan tuah.
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan